Sempena kehadiran musim haji ini, e-gerai Kak Long Comel mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para pembeli dan pengguna produk Kopi Arabica Susu Kambing yang bakal menjalani ibadah haji. Semoga anda selamat pergi dan selamat kembali. Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang sedang membuat persediaan terakhir dan menantikan saat keberangkatan ke tanah suci. Jangan lupa bawalah bersama-sama anda Kopi Arabica Susu Kambing sebagai minuman kesihatan anda di sana.
Sabtu, 24 Oktober 2009
Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Sempena kehadiran musim haji ini, e-gerai Kak Long Comel mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para pembeli dan pengguna produk Kopi Arabica Susu Kambing yang bakal menjalani ibadah haji. Semoga anda selamat pergi dan selamat kembali. Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang sedang membuat persediaan terakhir dan menantikan saat keberangkatan ke tanah suci. Jangan lupa bawalah bersama-sama anda Kopi Arabica Susu Kambing sebagai minuman kesihatan anda di sana.
Rabu, 23 September 2009
Syawal Diraikan

Terima kasih semua. Kepada anda yang sedang menjalani ibadah puasa enam, semoga anda terus diberikan kekuatan dalam mencapai kemenangan berganda. Insya-Allah, e-gerai Kak Long Comel akan kembali beroperasi pada hari Isnin ini.
Salam Aidilfitri!
Khamis, 13 Ogos 2009
Menu Ramadan
Berikut disenaraikan menu istimewa sempena bulan Ramadan :
1. Pizza - RM 1.50 (satu)
2. Pulut Kacau - RM 1.00 (empat)
3. Jongkong - RM 1.00 sebungkus
4. Pai Sardin - RM 0.50 (satu)
5. Pulut Kacau Pulut Hitam - RM 1.00 (empat)
6. Pulut Serawa - RM 1.00 sebungkus
7. Ketayap - RM 1.00 (empat)
8. Agar-Agar Seri Kaya - RM 1.00 (empat)
9. Agar-Agar Gula Merah - RM 1.00 (empat)
10. Kuih Cara Pandan - RM 1.00 (empat)
11. Hasidah - RM 1.00 (empat)
12. Kuih Koci - RM 1.00 (empat)
13. Tepung Bungkus - RM 1.00 (empat)
14. Abuk-Abuk Sagu - RM 1.00 (empat)
15. Lepat Pisang - RM 1.00 (empat)
16. Pulut Pisang - RM 1.00 (empat)
17. Mee Rebus - RM 1.00 (empat)
18. Bengkang Pandan - RM 1.00 (empat)
19. Bengkang Melaka - RM 1.00 (empat)
20. Buah Melaka - RM 1.00 (empat bungkus)
* Menu di atas akan dijual di beberapa buah gerai yang biasa menempah daripada e-gerai Kak Long Comel sempena 'Bazar Ramadan', bertempat di tapak Pasar Malam Kuala Perlis. Menu sentiasa bertukar setiap hari.
Isnin, 20 Julai 2009
Testimoni Para Pengguna Kopi Arabica Susu Kambing
Pengguna 1
Puan Sham, 30-an, pemilik XS Salon, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Saya mula mencuba kopi ini setelah saya diperkenalkan dengan produk kesihatan pertama berasaskan susu kambing. Sebelum mencuba, rasa teragak-agak nak minum. Tapi bila dah sekali mencuba, rasa sedap pulak, langsung tak ada sebarang bau kurang menyenangkan pun. Rasa sakit kepala, migrain dan lenguh-lenguh badan, alhamdulillah mulai berkurangan.
Saya sangat gembira dan mula mengesyorkan produk ini kepada para pengunjung salon saya terutama pengunjung-pengunjung tetap. Produk ini telah menjadi antara produk pilihan keluarga saya sekarang. Bukan sahaja saya sekeluarga tetapi juga para pekerja saya turut mencubanya serta mempromosikan pula kepada rakan-rakan serta keluarga mereka.
Pengguna 2
Puan Linda, 40-an, pemilik Restoran Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis, Perlis.
Saya minum kopi susu kambing ni pada mulanya sebagai 'tester' sahaja. Maklumlah sebagai tauke restoran, saya harus mencuba dahulu apa-apa produk pun sebelum memasukkan kopi ini ke dalam menu minuman para pengunjung restoran saya.
Pengguna 3
Encik Jasni, 50-an, kakitangan Ban Yick Sin, Kangar, Perlis.
Saya try dah minum kopi ni. Memang rasa kopi ini ada umphhh. Lagi satu, rasa sakit-sakit kepala saya dah hilang! Orang Perlis kata "Macam cubit tauk buang saja. Hilang laaa laaaa tu jugak (dialek Perlis)." Tapi yang penting perut yang selalu rasa sebu pun dah ok. Saya pun dah syorkan kopi ni kepada adik saya. Beliau pun memang ada migrain dan darah tinggi. Kebetulan pula, beliau membuka kedai makanan dan minuman di pekan Kuah, Langkawi. Setiap kali adik saya tahu saya nak ke Langkawi, beliau mesti pesan suruh bawa kopi ni untuk diletakkan di kedai dan juga untuk kegunaan beliau sekeluarga sendiri.
Saya kini adalah pengguna tetap produk ini. Rasanya kopi ni yang paling best pernah saya cuba. Anda semua pun patut mencubanya!
Halimaton, 30-an, pemilik kedai makanan dan minuman, Kuah, Langkawi.
Saya mencuba kopi ini setelah abang saya, membawa kopi ini yang dibelinya daripada rakan beliau yang menjadi pengedar produk ini. Saya telahpun membaca maklumat yang terkandung dalam poster yang turut diedarkan bersama-sama produk ini. Antara kebaikan minuman ini adalah sangat sesuai sebagai minuman pesakit migrain serta darah tinggi. Bahkan sesiapa sahaja boleh meminumnya sebagai minuman kesihatan.
Alhamdulillah, setelah beberapa kali meminumnya, tanda-tanda itu sudah semakin ringan dan semakin berkurangan sekarang. Oleh sebab rasanya sangat sedap, saya sekeluarga telah menjadikannya sebagai salah satu minuman pilihan keluarga. Kopi ini juga sangat popular di kedai saya. Sementelah para pengunjung tetap kedai saya telah membaca maklumat produk yang saya lekatkan pada dinding kedai saya. Jadi, setiap kali kopi ini hampir kehabisan, saya akan sms kepada abang saya minta hantarkan kopi ini secepat mungkin.
Pengguna 5
Puan Zainap Bibi, 50-an, Surirumah, Beseri, Perlis.
Saya mula mencuba kopi ini setelah rakan saya yang menjadi pengedar produk ini datang ke rumah saya untuk membincangkan hal berkaitan penulisan. Sambil-sambil berbincang inilah beliau memperkenalkan kopi ini kepada saya. Pada saya, apa salahnya kalau sekadar mencuba.
Ternyata rasa kopi ini memang berlainan daripada lain-lain jenama kopi yang pernah saya minum. Sedap laaaa. Langsung tak ada kesan bau kurang menyenangkan pun. Saya dapat rasakan yang seolah-olah berat badan saya semakin menurun. Saya rasa kenyang setiap kali minum Kopi Arabica Susu Kambing ni. Sayang kat rumah saya tak ada alat penimbang berat badan, kalau tidak dah tentu saya tahu berapa berat badan saya sekarang. Rasa sengal-sengal badan pun dah kurang. Setiap kali rakan saya sms cakap nak datang ke rumah, saya mesti pesan suruh beliau bawakan kopi ni sekali. Eh! Tak rugilah mencuba kopi ni!
Ahad, 28 Jun 2009
Menu
Senarai menu hidangan basah serta harga menu adalah seperti berikut :
1. Kuih Cara Pandan (Pandan Asli) - 4 biji (RM 1.00)
2. Pulut Inti Udang - 4 biji (RM 1.00)
3. Pulut Inti Manis - 4 biji (RM 1.00)
4. Ketayap - 4 biji (RM 1.00)
5. Karipap - 4 biji (RM 1.00)
6. Kuih Bom - 4 biji (RM 1.00)
7. Pulut Seri Kaya Pulut Hitam - 4 biji (RM 1.00)
8. Lepat Pisang - 4 biji (RM 1.00)
9. Tepung Manis - 4 biji (RM 1.00)
10. Cucur Badak - 4 biji (RM 1.00)
11. Pulut Udang - 4 biji (RM 1.00)
12. Jongkong - Sebungkus (RM 1.00)
13. Serabai - Sebungkus (RM 1.00)
14. Hasidah -4 biji (RM 1.00)
15. Puding Seri Kandi - Mengikut keluasan bekas
16. Puding Karamel - Mengikut keluasan bekas
17. Mee Rebus - Sebungkus (RM 1.00)
18. Pulut Sambal (Pulut Serunding) - 4 biji (RM 1.00)
19. Bihun Kasar (Laksa Goreng) - Sebungkus (RM 0.50)
20. Pulut Kacau - 4 biji (RM 1.00)
21. Nasi Lemak - Sebungkus (RM 0.50 - Daun Pisang), (RM 1.00 - Polisterin saiz kecil)
22. Nasi Tomato - Sebungkus (RM 2.50 - Polisterin saiz besar : Lauk Ayam Masak Merah / Acar Timun)
Ahad, 21 Jun 2009
E-Gerai Kak Long Comel 2
E-Gerai Kak Long Comel kini telahpun dibuka! Perasmian pembukaan E-Gerai Kak Long Comel akan berlangsung pada 1 Julai 2009. Sebanyak 25 cenderamata disediakan kepada anda yang membuat tempahan awal sama ada tempahan menu hidangan anjuran jabatan kerajaan / swasta, pertubuhan atau persatuan juga secara individu (tempahan hidangan basah hanya disediakan sekitar negeri Perlis sahaja), tempahan untuk kek, biskut perayaan, pai serta pizza (negeri Perlis sahaja) termasuklah tempahan untuk pembelian Kopi Arabica Susu Kambing sama ada secara manual ataupun secara online.
Harga menu hidangan serta gambar beberapa menu hidangan akan Kak Long masukkan kemudian (sedikit demi sedikit). Pemberian sebanyak 25 cenderamata itu sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih Kak Long kepada anda semua ...
- Nantikan berita selanjutnya -
Khamis, 18 Jun 2009
E-Gerai Kak Long Comel
Gerai mini maya Kak Long (E-Gerai Kak Long) kini telah dibuka. Selain produk minuman kesihatan "Kopi Arabica Susu Kambing", Kak Long juga membuka tempahan untuk hantaran juga sempena musim perayaan termasuklah hari lahir seperti kek, biskut, pai dan pizza. Berikut Kak Long senaraikan beberapa jenis kek aising sebagai permulaan :
1. Kek Beg Tangan
2. Kek Buah Durian
3. Kek Topi
4. Kek Chocolate Moist
5. Puding Kek
Manakala biskut pula sebagai permulaan seperti berikut :
1. Biskut Samperit Susu
2. Biskut Kacang
3. Biskut Makmur
4. Biskut Peanut Butter
5. Biskut Curry Puff
6. Biskut Durian Belanda
7. Biskut Spritz Gula Strawberi
8. Biskut Bangkit Gulung
9. Almond London
10. Biskut Aiskrim
Manakala pai juga pizza pula sebagai permulaan adalah seperti berikut :
1. Pai Udang Galah
2. Pai Bunga Kobis
3. Pai Cream Cracker
4. Cornish Paty
5. Pizza
Kak Long juga membuka tempahan untuk kuih-muih hidangan keraian anjuran jabatan kerajaan dan swasta, persatuan / pertubuhan atau individu seperti berikut :
1. Kuih Cara
2. Pulut Inti Udang
3. Pulut Inti Manis
4. Ketayap
5. Karipap
6. Kuih Bom
7. Pulut Seri Kaya Pulut Hitam
8. Lepat Pisang
9. Tepung Manis
10. Cucur Badak
11. Pulut Udang
12. Jongkong
13. Serabai
14. Hasidah
15. Puding Seri Kandi
16. Puding Karamel
17. Mee Rebus
18. Pulut Sambal (Pulut Serunding)
19. Bihun Kasar (Laksa Goreng)
20. Pulut Kacau
21. Nasi Lemak
22. Nasi Tomato
Makanan ringan / buah tangan pengantin untuk tetamu :
1. Kacang Potong
2. Sagun
3. Cakar Ayam
4. Pulut Kacau
- Nantikan entri berikutnya : Senarai menu berserta harga menu -
Sabtu, 6 Jun 2009
Kopi Arabica Susu Kambing - Fakta Pemakanan
Berikut disenaraikan nutrisi terkandung dalam Kopi Arabica Susu Kambing : Per 100g
Tenaga - 388 kcal
Karbohidrat - 83.3 g
Protein - 8.4 g
Lemak - 2.3 g
Manakala bahan-bahan terkandung di dalam produk ini pula adalah :
Kopi Arabica, Krimer Bukan Tenusu, Dektrose, Serbuk Koko, Serbuk Susu Kambing
Selasa, 19 Mei 2009
Terkini Di Pasaran!
* Entri akan datang : Testimonial pengguna produk "Kopi Arabica Susu Kambing"
Ahad, 17 Mei 2009
Antara Kebaikan Susu Kambing
Berikut Kak Long senaraikan antara kebaikan yang terkandung dalam susu kambing. Antaranya :
- Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
- Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
- Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
- Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
- Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
- Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
- Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema (kegatalan pada kulit).
- Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
- Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
- Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
- Sumber : Internet Pelbagai Laman -
Jumaat, 15 Mei 2009
Susu Kambing - Sunnah Rasulullah S.A.W
SUSU KAMBING - SUNNAH RASULULLAH S.A.W
SUSU kambing merupakan minuman berkhasiat tinggi berbanding susu lembu. Bahkan menerusi beberapa forum kesihatan yang pernah dilayari berkaitan perbincangan kelebihan meminum susu lembu belum pernah diperkatakan berbanding kelebihan serta khasiat susu kambing.
Susu kambing menjadi jawapan alternatif paling tepat kepada individu yang mempunyai masalah alergi atau alahan terhadap susu lembu. Begitulah hikmahnya mengapa dalam riwayat-riwayat sahih mengenai kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda, kita sering temui kisah mereka meminum susu kambing, dan bukan susu lembu!
Namun, manfaat susu kambing ini masih belum disedari sepenuhnya kebanyakan muslimin di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Justeru, marilah kita kembali mengamalkan sunnah baginda.
Kopi Arabica Susu Kambing 2 - Pesanan

Nama Penuh :
Alamat Rumah (Lengkap) :
Tarikh Bank-In :
Masa Bank-In :
Jumlah Bank-In :
Jumlah Pesanan (Pek) :
ke talian : 017-4066267 / 012-5071902.
Sila Bank-In : 0902-0044793-52-8 (CIMB Bank - Haniza bt. Hamzah)
Harga produk adalah RM 25.00 untuk 1 pek bungkusan

Urusan penghantaran melalui pos akan dijalankan dalam tempoh 7 hingga 10 hari selepas pesanan serta pembayaran diterima. Selepas selesai urusan penghantaran, Kak Long akan sms untuk makluman pembeli. Terima kasih.
"Let's the food be medicine."
Kopi Arabica Susu Kambing - Khasiat
Kelazimannya susu kambing menjadi antara elemen sangat penting dalam bidang kecantikan (kosmetik). Buktinya kita pernah melihat serta mungkin pernah menggunakan pelbagai produk berasaskan susu kambing ini. Susu kambing menjadi antara bahan campuran utama dalam krim kecantikan, syampu, mandian berbusa, sabun mandi, sabun muka, krim pencuci muka dsb.

Kak Long syorkan minuman ini dijadikan minuman harian sekeluarga selain menjaga kesihatan keluarga kita. Disebabkan Kak Long dah dapat 'sentuhan istimewa' produk ini, Kak Long dah mula memberanikan diri menjual 'Kopi Arabica Susu Kambing' ini. Satu pek mengandungi 20 sachet.