SUSU KAMBING - SUNNAH RASULULLAH S.A.W
SUSU kambing merupakan minuman berkhasiat tinggi berbanding susu lembu. Bahkan menerusi beberapa forum kesihatan yang pernah dilayari berkaitan perbincangan kelebihan meminum susu lembu belum pernah diperkatakan berbanding kelebihan serta khasiat susu kambing.
Susu kambing menjadi jawapan alternatif paling tepat kepada individu yang mempunyai masalah alergi atau alahan terhadap susu lembu. Begitulah hikmahnya mengapa dalam riwayat-riwayat sahih mengenai kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda, kita sering temui kisah mereka meminum susu kambing, dan bukan susu lembu!
Namun, manfaat susu kambing ini masih belum disedari sepenuhnya kebanyakan muslimin di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Justeru, marilah kita kembali mengamalkan sunnah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan